Rabu, 8 April 2015

ITU TAKDIRKU DAN KUATLAH KERANA CINTA DIA


“Pernah bincang soal masa depan bersama?”
“Pernah saya usulkan. Tapi dia kata tak sedia lagi. Alasannya, masih banyak lagi perkara dalam hidupnya yang perlu diselesaikan sebelum hal jodoh dan rumah tangga difikirkan.Namun, kami dah rancang ke arah itu in sya allah”

 “Saya cintakan dia,. Sungguh-sungguh cinta. Tak mungkin rasa cinta ini hadir begitu saja kalau bukan dari Allah.”
“Allah”.
Menangis hatinya. Kalau boleh dia mahu berlari keliling bangunan, meninggalkan dia dengan masalah hatinya.
“Saya tak dapat janjikan penyelesaian pada kamu, ros. Saya akan usahakan apa yang mampu.”
Memang itulah yang selalu diucapkan setiap kali dia meminta nasihat. Dia tidak kisah. Malah kesudian meluang masa untuk menjadi pendengar sudah besar baginya.
“Dan kini, dia mula menghindar. Dia sudah berubah. Dulu, hampir setiap malam dia menelefon, saya boleh kata hampir setiap jam. Hanya mahu mendengar suara, menyatakan rindu dan sayang.”
 “Dia janji,. Mahu bersama-sama saya dalam hubungan ini. Dia minta saya tunggu. Saya tunggu. Tetapi bagaimana saya harus tunggu jika dia sendiri sudah menjauh? Tuhan saja tahu perasaan saya.” Semakin perlahan nada, menampakkan kesedihan yang ditanggungnya.
“Dia kata cinta…”
“Saya faham perasaan kamu. Saya tahu apa rasanya mencintai kemudian diabaikan. Saya pernah berada di situasi ini. Segala puji bagi Allah yang mengurniakan rasa cinta ini kepada kita.”
Allahul musta’aan. .
“Cuma sayangnya kita tidak pernah belajar memberi dan menerima cinta kerana Allah.”
“Saya kurang faham.”
“Cinta perasaan yang sangat indah. Indahnya rasa cinta ni buat kita jadi sasau tanpa cinta. Kita rindukan dia setiap hari, tidak boleh tak mendengar suaranya walau sekejap, kita tatap gambarnya, mahu berjumpa selalu, malah apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, akan kita suka. Yang kita selalu lupa, perasaan itu dari Allah. “.
“Saya tidak lupa,. Saya tahu ini dari Allah. Malah cinta saya kepada dia juga kerana Allah. Dia pun cakap macam tu!”
“Cinta kerana Allah tidak menyakitkan begini, ros. Hilang kata-katanya. Ya, cinta ini menyakitkan dirinya. Selalu ada rasa pilu dan ngilu di sudut hatinya setiap kali memikirkan lelaki yang dicintainya kerana Allah.
“Allah? Benarkah kerana Allah? Cinta kerana Allah tidak akan menyakitkan. Benarkah, Allah?” Meronta-ronta hati menangis. Sakit. Pedih. “Cinta memang dari Allah, tetapi jika cinta itu tidak dijaga dan dipelihara demi Allah yang Maha Suci dan Maha Kasih, akan hilang manisnya. Cinta kerana Allah akan meletakkan Allah di tempat pertama. Akan meletakkan Allah sebagai pembimbing, sebagai jalan. Di mana cinta Allah ketika kita sasaukan kekasih kita? Di mana cinta Allah ketika kita mabukkan dia?”
 “Bila kita kata kita sayang dan rindukan seseorang kerana Allah, apakah cara kita menunjukkan sayang dan rindu itu juga kerana Allah? Dalam cinta, bukan lafaznya yang utama, tetapi perbuatan membuktikan juga perlu sama dengan apa yang dikata. Sama dalam hal cinta kerana Allah ini. Mengatakan cinta itu kerana Allah tidak memadai jika jalan yang kita ambil bukan jalan Allah.”
.
“Saya tak salahkan kamu . Ini semua ujian dari Allah. Cubalah lihat kebaikan dalam ujian ini.
Boleh jadi, lelaki tu sedang berubah ke arah yang lebih baik. Kamu kata dia hendak berubah menjadi baik.dia berubah. Boleh jadi, di sana dia mendapat tarbiyyah, boleh jadi, dia bersahabat dengan seseorang yang dekat dengan Allah. Boleh jadi ros, dia sudah sedar bahawa percaturan cintanya ini ada kesilapan dan dia sedang berusaha memperbaiki. Boleh jadi, dia menjauh kerana Allah, menjauh supaya dia dapat menjaga awak, menjauh demi kebaikan yang lebih banyak dari Allah.”
“Bagaimana kalau tidak begitu, “Jika tidak begitu, boleh jadi Allah mahu menggantikan yang lebih baik untuk awak. Allah lebih tahu.”
 “Dia baik, kak. Dia sudah cukup baik bagi saya. Saya cintakan dia…”
 “Ya, dia baik. Saya tahu. Tetapi boleh jadi bukan dia yang terbaik untuk kamu. Dia baik, tetapi Allah mahu beri yang lebih baik daripada dia. Siapa tahu? Allah lebih tahu, ros.”
 “Yang baik adalah yang mencintai kerana Allah. Dan cintanya itu membawa kita semakin kenal dengan Allah, semakin dekat dengan Allah. Cintanya dibawa melalui jalan yang Allah redha. Rindunya diraikan dengan apa yang Allah suka, menghindar apa yang Allah larang. Lelaki yang baik adalah yang mahu memimpin kita ke syurga.
Apa jalan yang Allah redha? Perkahwinan. Kalau sesuatu hubungan itu tidak bermatlamatkan perkahwinan, apa tujuannya? Melalui perkahwinanlah dia dapat memimpin tangan kita ini, berjalan sama ke syurga. Kalau sebelum berkahwin, mahu sama berpimpin tangan ke syurga, apakah itu Allah suka?”
 “Bagaimana kalau dia masih menumpukan pada hal yang lebih utama? Atau belum mampu kahwin?”
“Maksudnya, bercinta dan berhubungan ini bukanlah utama baginya. Malah tidak utama pun memandangkan dia belum mampu. Jadi apa tujuan bagi hubungan yang tidak utama dan belum pasti ini,?
“Jadi, kalau benar lelaki itu bukanlah menjauh untuk mengusahakan kebaikan, boleh jadi Allah mahu gantikan dengan orang lain yang lebih baik seperti saya kata tadi. Mungkin yang akan datang ini membawa cinta yang benar, yang mengajak awak membina masa depan yang benar, berkiblatkan Allah, tuhan yang benar. Boleh jadi, ros. Saya tidak tahu.
Yang terbaik adalah apa yang ada di sisi Allah. Dialah yang lebih mengetahui. Kita tak dapat pastikan kalau yang kita jumpa ni yang terbaik, mungkin ada lagi yang lebih baik. tetapi apa yang Allah takdirkan adalah yang terbaik untuk diri kita.”
 “Allahu Rabb. Kenapa saya selalu ditindas begini,kak? Saya bukan pilih lelaki sembarangan. Pilihan saya semuanya kaki masjid, berjanggut sunnah, malah lembut lidah mengucapkan nama Allah.”
“Saya faham awak nak cari yang terbaik dalam agama., iman letaknya di hati. Janggut, jubah, kopiah, itu perhiasan luaran. Ya, yang beriman dan cintakan sunnah akan usahakan yang fizikal ni, tapi ia tak boleh jadi satu-satu ukuran dalam penilaian.
Dalam temu duga, penampilan saja tidak cukup walaupun ia membentuk first impression kepada penemu duga. Yang lebih utama, bagaimana calon menghadapi soalan penemu duga, pembawakan wataknya, kebijaksanaannya dan lain-lain.
Yang beriman pun begitu, tidak cukup sekadar kopiahnya, tetapi perlu juga kita tengok amalannya, pergaulannya, isi perbualannya, akhlak dan lain-lain.
Ros yang benar beriman akan sangat teliti dalam perbuatannya kerana rasa takutnya pada Allah. Sekecil-kecil maksiat akan dia hindari, dan sehalus-halus kebaikan, akan dia usahakan.”
 “kamu  diuji.ros”
“Apa yang terbaik untuk menguji iman kita jika bukan ujian dari Allah? Rawatlah hati dengan kembali kepada Allah. Ia sedang sakit, ros. ia perlu rawatan segera. Bersegeralah kepada Allah, Dia sangat dekat.”
Aku tunduk. Malu. Lebih dari itu, aku malu pada Allah. Kata-kata itu benar. Aku terpaksa mengakui bahawa memang hatinya sedang sakit. Bezanya, di awal tadi hatinya sakit kerana lelaki itu, tetapi kini hatinya sakit mengenang jauhnya dia dari Allah. Ya, aku cintakan lelaki itu, tetapi cinta ini menyakitkan diri, dan cinta ini membawa dia jauh dari Allah.
“Mohonlah dari Allah. Kalau benar yang terbaik itu lelaki itu, maka mintalah dipermudahkan. Kalau bukan, redhalah. Sentiasalah bersedia menghadapi apa saja ketentuan Allah. Jangan terlalu cinta, jangan juga terlalu benci, usahakanlah jalan tengah supaya kita tak kecewa. ”
“Terima kasih, kak
“Saya minta maaf,ros. Saya tak ada jalan keluar yang terbaik untuk awak. Itu cuma nasihat, fikirkanlah, ambillah kalau bermanfaat. Nasihat yang terbaik adalah nasihat Allah.
Boleh jadi kamu benci sesuatu padahal ia baik bagi kamu. Boleh jadi kamu sukakan sesuatu padahal a buruk bagi kamu. Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
Pelukan kian erat .

Seseorang tidak akan pernah mendapatkan manisnya iman sehingga dia mencintai seseorang, tidak mencintainya kecuali kerana Allah; sehingga dia dilemparkan ke dalam api lebih dia sukai daripada kembali kepada kekufuran setelah Allah selamatkan darinya; dan sehingga Allah dan rasul-Nya lebih dia cintai daripada selainnya.”


Ahad, 5 April 2015

happy ending

aSSalamualaikum..

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..
lama juga kan aku menghilang dalam dunia gadjet ni, menghilang dari dunia facebook, wechat, blog. Arrrghhh rinduuu. Aku Cuma aktif dalam dunia instagram je sebelum ni. Kui3. Alhamdulillah, apa khabar cik rose yg kini? Hari ini bulan april, yeah hampir setahun. Bulan depan genap setahun penderitaan aku. Aik penderitaan ke?? Allah..allah..maafkan hamba mu yg dhaif ni   Tuhan.  Lama juga tidak menulis kan..:)

syukur Alhamdulillah..di saat, aku sudah kembali ke dunia gadjet aku sudah bersedia, cekal hati dan perasaan. Tak stalker dan tak ambik tahu lagi. Bukan bereti aku dendam bukan bererti aku benci. Tapi cukup la aku mendoakan kebahagian dia. Aku  Cuma ucapan terima kasih pada dia, sebab kenalkan aku dengan dunia yg baru. Dunia yg aku cari selama ini Cuma aku belum temui lagi. Apa maksud kata-kata aku ni hehe.  Before this, aku pernah rasa sakit kehilangan waktu tu final year  study..hanya tuhan yg tau rasa sakit tu. Dan kawan2 sekeliling aku. Aku masih ingat waktu bagaimana paya aku hadap semua tu. Ya, kini dia pernah mencari aku lagii. Cuma aku dah tak layan. Cukup la aku pernah rasa sakit. Aku musnah final exam. In sha allah.

After tu, beberapa bulan kemudian stelah luka aku semakin sembuh, allah hadirkan aku teman..teman yang paling rapat dekat aku. Pada mulanya aku hamper tidak ingin dekat pada dia. Tapi entah kenapa kami semakin mengenali antara satu sama lain. Kebetulan waktu tu aku berada satu ofis dengan dia. Aku cukup menghormati tingkahlaku dia. Kadang kala mengambil berat tentang aku. Dia memang seorang baik hati, jaga solat, dan sorang yang lawak. Hehe.hubungan kami semakin rapat dan terbina sebuah hubungan “kekasih” huhuhu. Bila kami semakin yakin dengan hubungan ini maka pelbagai impian yang ingin kami bina bersama-sama aku masih ingat kata2 dia “ walaupun, aku bekerja begini kau masih boleh tunggu aku kan…kita masih boleh hidup kan” tu la antara kata2 yg aku masih ingat sewaktu bersama dulu. Ya la dulu dia hnya pekerja kontrak. Setiap doa2 aku aku mengharapkan dia akan diberi rezeki lebih dan kami dipermudahkan utk urusan seterusnya.
Namun, hari silih berganti hari..aku sangka kan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Tu la kuasa tuhan, pelbagai ujian yang diberi pada kami..salah faham, gaduh, dan sebagainya. Hingga satu saat aku memutuskan perpisahan ini. Tapi bukan itu sebenarnya hati aku berkata. Dan ego lelaki dia pun move on. Dan inginkan ia berakhir.  Ya..hubungan yang tidak halal memang sering kali di duga oleh pelbgai ujian. Lebih2 lagi jika ia membawa kemurkaan tuhan. 






Dan aku..seperti mayat hidup, menangisi perpisahaan ini. Aku terlalu sayang akan dia, terlalu sayang. dan kembali kepada fitrah manusia kembali mencari tuhan pengabdian demi pengabdiaan namun aku masih layu tanpa ada kekuatan. Sehingga suatu saat allah menguji aku salah faham antara aku, ibu dan abang aku. Lemahnya iman sorang hamba..aku larikan diri dia suatu tempat yang aku tak pernah tuju. Ak kembali mencari dia. Dia hanya mampu memberi aku kata-kata semangat. Muhasaba diri dan aku tahu ini semua adalah salah aku sejak perpisahan itu aku banyak menyepi, berkurung di bilik dan aku tak kongsikan rasa kesedihan ini bersama ibu aku. Dan akhirnya wujud salah faham. Akhirnya aku kembali kepada ibu ku dan abang aku. Mereka memeluk aku..dan begitu hangatnya pelukan seorang ibu dan abang aku. Aku Nampak wajah kesedihan pada abang aku. Maafkan aku mak abang, aku janji tidak ulang perkara ini lagi. sekali lagi aku di uji. aku kemalangan kereta. alhamdulillah allah selamatkan nyawa aku walau rami terkejut sebab yg langgar aku tu lori kontena. kalo ikutkan memang teruk jugak la. 

Aku buntu mencari arah..apa yang harus cari di dunia ini. Alhamdulillah berkat doa dan kesungguhan allah hadirkan aku seorang sahabat ukthi murni. Kami kenal di alam maya dan kami berjumpa di masjid bandaraya kota kinbalu. Dia banyak memberikan aku nasihat. Sehinngga aku berada dalam kalangan muslimah-muslimah berniqab. Terkadang aku terfikir bagaimna muslimah ni boleh hidup dengan pakain mcam tu hehe. Bila masa terluang aku akan hadir dalam majlis usrah mereka. Rasa seronok berada dalam kalangan ilmuan. Ukhti pernah cakap jangan tunggu bila dapat ilmu tapi usaha la cari ilmu datang majlis ilmu in sha allah,allah  akan bantu bersihkan hati kita. Aku pernah mengadu..aku katakan kak, aku xmampu lupakan dia, kadang kala aku masi stalker fb dia. Ambil tahu pasal dia. Kadang kala aku cemburu dia bahagia sedangkan aku sakit kak. Dan ukthi hanya memberikan pesanan . semua dari hati dik, wlau pun kakak begini kakak pn ada perasaan. Kak jga pernah rasa begini. Tapi lawan la perasaan ini, ia umpama jihad jika mampu untuk lawan perasaan itu. Kuatkan diri, cekalkan hati. Jangan biarkan kita hanyut dalam perasaan sedangkan dia bahagia di sana. Banyakkan zikir rajin hadir majlis ilmu.

Alhamdulillah, mulai saat itu aku lenyapkan diri dari dunia fb..aku x Nampak lagi dia. Dari sana aku belajar utk kuat. Aku mulai ikuti usrah, aku mulai belajar tajwid quran..wah! selama ni aku baca je quran tapi ada jg salah silap dia. Sykur allah beri peringatkan kepada aku. Kalau x begini aku x pegi tuntut ilmu kan. Dan sekarang aku mampu jadi naqibah dalam usrah. Kongsi pengalaman dalam hidup bahawa tidak mustahil untuk berubah. Ya sbuah kisah yang kita bina tidak bereti kita mampu gapai dengan sebaik mungkin. Aku berubah kerana cinta? Ya. Kerana cinta. Namun bukan kerana cinta manusia. Tapi kerana cinta DIA. Allah hadirkan ujian untuk kita kembali fitrah. Kembali kepada DIA. Kadang kala aku takut dengan perubahan ini. Takut anda tidak istiqamah dalam ibadah ini.  Tapi teringat kata2 ukthi
“abaikan pandangan manusia klu  takut org ckp bajet baik..meh akak ajar, ckp dkt dorg sym mg bajet baik sbb tu mmg tgs sy apa yg ada hak allah. Lbh baik sy berusaha menjadi baik.ganjaran allah? Kita tidak ada hak nilai.
Ya terkadang kita harus menghilang utk tau siapa yg akan mcari kita. Terkadang kita perlu berlari jauh utk tau siapa mengejar kita.
In sha allah, pada penghujung tahun ak akan pergi mengerjakan umrah. Perancangan awal pada bulan Ramadan. Namun atas sebab tertentu perancangan di ubah hujjung tahun ni. Doakan aku mampu melangkah ke tanah suci. Aku sudah berniat untuk menjadi tetamuNya moga2 allah bantu usaha ini. Alhamdulillah atas rezeki yang ada..Cuma masih mengumpul saki bazi utk kesana, sbelum ini aku ada menyimpan cikit kununnya utk impian sbuah perkahwinan. Namun jodoh tidak kesampaian lebih baik rezeki ni aku tunaikan utk menjadi tetamunya. Doakan aku dipermudahkan urusan. Doakan aku kuat utk hadapi hari2 yg mendatang. Soal jodoh? Aku sudah tekadkan dalam hati buat masa ini aku terpaksa kunci soal hati. Bukan aku tidak ingin menerima kehadiran lelaki. Tapi cukup la masa ini masa yg terbaik aku perbaiki diri, perbaiki peribadi, perbaiki iman, perbaiki hubungan keluarga dan perbaiki hubungan ku dengan tuhan. Aku tahu terlalu banyak kelemahan yg ada pada diri aku..terlalu banyak. Terlalu banyak cukup la org menilai sorang yg baik namun sebaliknya ada banyak kekurangan dalam diri aku. Cukuplah allah masih memberi aku kesempatan ini. Kesempatan yang perlu aku hargai untuk dekatkan diri kepada DIA.

AKU AKAN TERUS BERDOA AGAR DIPERTEMUKAN DGN SESEORANG LELAKI YG MAMPU MENJADI SUAMI. JIKA BENAR AKU TELAH TEMUI LELAKI SESUAI, AKU AKAN AKAN PASTIKAN KAMI BERCINTA SELEPAS NIKAH. SEBAB AKU TIDAK LAGI MAHU MENCARI TEMAN LELAKI/KEKASIH TETAPI MENCARI CALON SUAMI. Aku percaya cepat atau lambat bukan satu persoalan kerana sesuatu perbuatan perlu dengan keredhaan allah.

Dan dia? Dia adalah masa silam ku. Aku masih mohon kekuatan dari tuhan utk lenyapkan perasaan ini. terima kasih pernah hadir dalam hidup ini. terima kasih pernah menghargai. Aku doakan kebahagian dia. In sha allah. Suatu hari nanti jika dia memang bukan jdoh aku. Aku akan berharap jumpa dia di syuga dan terima kasih sahabat melalui kisah kita aku kembali kepada sang pencipta. Semoga allah menjaga dirimu dan aku akan lalui hari-hari demi hari perbaik diri dan dekat kepadaNYA.

Tuhan, hanya satu pengharapan aku. Jgn biarkan aku perpaling sekali lagi drpda rahmatmu. Tuhan izinkan aku menjadi tetamu MU. Aku teringin sampai ke kota mekah.  Ada rasa rindu cinta aku di sana. Tuhan jagakan hati ini, tetapkan iman aku.


In sya allah, aku akan kembali menulis lagi suatu saat apabila aku berada di kota mekah. doakan semua berlalu dengan iman yang aku ada..

Sabtu, 31 Januari 2015

aku di uji

Hati aku di uji lagi..kali ni aku tergamam dan aku menangis sepuasnya. Hingga suatu saat di bahu untuk bersandar aku memeluk ibu ku. Mak kenapa pengakhiran begini..       Pada isnin yg lepas dia mencari aku dan memberi tahu ttg masalahnya. Aku dgn rela hati sudi membantu dia.  Jujur aku membantu sbgai sorg shbt walaupun ati aku bkata ada rindu di hati ini. Mana kan bisa kits bbohong soal hati dn prsaan. Cuma aku simpan. Di pendek kn crta dan biarlah aku rahsiakan pkara apa yg aku dpt tlg..ari berikutnya kmi berbincang. Dgn tiba2 dia menukar profile pic bdua dgn sorang perempuan. Aku terkejut apa motif dia buat aku begini. Apa motif dia bg tgk aku dan buat aku bgini. Sedangkan dulu kmi berpisah alasan mahu jaga iktilat,jga jarak, no couple. Dan sgala2..jdi gmbr mcm tu? Kau jga iktilat x? Siap buat profile photo whatsaap, untuk apa..utk sakit kn ati aku. Ya akhirnya kau tipu aku. Dan kau berjaya sakit dan aku terluka. Sedangkan aku sdh hmpir lupakan kenangan lepas. DanAku pelik aku tnya pd diri alu..aku whatsap dia ni sbb nk tlg bkn sbb aku nk hrp dia blk..r p kmudian aku whatsaap dia.."andai aku tiada lagi di hati kau. Cukup la menjaga perasaan aku. Hormati perasaan aku. Perlahan aku mngorak langkah lupakan ko. Ya bkn mudah lupakan ak masih pros move on. Aku hmpir bjaya.. Tu hak ko tukar gmbr tpi bukan skg. Xplu la  ko biarkam aku nmpk ni tunjukkan aku ko bhgia skg. Bila jdi bgini smua kenangan rasa sakit hadir dlm diri aku.aku mnta maaf ak xdpt bntu." dia hnya balas, nda apa la kalo ko x bole tlg, sory myusahkan ko.  Dgn dia bls bgini ati aku bertambah sedih..knp dia smpai hati buat aku bgini. Aku xprnh hrp apa2 lg dr dia. Aku xprnh cri dia lg. Tpi dgn tiba2 dia cri aku mnta tlg tpi dia buat aku begini.Sakit.kau tau x bertapa sakit..kau tau x thp mn aku aku terlalu syg kau suatu tika dulu. aku sakitt sangat..aku sakittt.. aku tak dpt tlg bukan sbb ak marah tapi aki xbole tgk gmbr chat tu. Dan trs aku block dia.tau...sakit yg amat. Selama ini aku xda smpn dendam pn dekat dia..slma ni aku xpernah ungkit pn kebaikan aku. Slmanya akaun tu aku dah ikhlaskan kalo bukan utk kita bdua.walau alu tau nilainya banyak drpd sblmnya..dan bila kmi bpisah..aku ikhlas dia gunakan utk bntu kluarga dia. Sbb aku tau dia pukul byk tgjwb. Aku ikhlas mohd syazli madsah. Aku ikhlas..walaupun hrm aku muusnah.aku ikhlas ttg smua  slama ni aku tau kekurangan yg ada pda diri kau. Aku msi bertahan. Aku ikhlas tunggu..ko krja kontrak. Ko xda kerja. Dan bila ko dpt kerja ttap knp bgini ko layan aku.knp pengorbanan aku dlu langsung x dihargai oleh kau.. Dulu ko yg buat aku ttarik dgn ko..dan aku pilih kau. Sbb kita sma. Dan kita mau ia berakhir dgn kesudahan yg baik.kau yg buat aku trma ko. Kau ckp mau jmp klga aku. Knp ko hadirkan aku rasa sakit ini? Aku dah hmpir kuat..dan ko buat aku sakit sekali lagi. Sedangkan gmbr bgtu dulu kita bdua sja buat. Aku cemburu? Ya aku cemburu. Knp ko xbole jga ckit pn prsaan aku.kau sgt jht sgt jht. di tmpt aku ko jg ada prsaan yg sma.. Ko bykkn ajar aku..


smnjk kau tiada...hampir setiap masa aku berlalu tangisan. langkah aku longlai..iman aku hilang. bertapa aku terlalu meletakkan sebuah pengharapan..namun hari yang lalui, penuh dgn doa..doa pengharapan.. dan  Aku bljr sesuatu..allah hdrikan diri aku kkuatan. Hadirkan aku shbt2 ajar aku utk dekat dgn allah. Aku abiskan masa aku dlm kelas agama..aku bhenti kejar cinta llaki..tuhan kuatkan aku.

Alhamdulillah..aku pasti ada hikmah semua ni. Aku harap kau x hadir lgi dlm hdp aku. Aku jg xkan cari kau lagi. Dan aku xperlukan shbt sprti kau lagi.. Kau bukan org yg aku kenal dlu. Bukan. Bila sudah berjaya. Kau lupa org yg prnh ada di belakang ko sblm ni. Trma ksih bgi aku rasa sakit yg terakhir ini..terima kasih. Aku menangis sedih..moga2 allah terus bgi istiqamh cinta aku kpda allah. Slma ni aku tak pernah pn kongsi kesedihan ni dkt mama..terluah jga.mak kata...selama ni aku pendam rasa kesedihan ini. tapi saat aku ingin tidur..aku memeluk dia..air mata x tertahan lagi. " mak, aku masih syg dia..entah knp aku susah lupakan dia, kenapa aku perlu kecewa sekali mak.. kata mama "dlu  mama pn hrp dia jodoh ko. Aku sda niat thn ni kmu tunang. Bukan hrta yg kta pndg..tpi kebhgian ko tgjwb dia. Jgn la nanges..dia buat bgini. Biar..kan. jngn ko yg bt bgini dgn org lain.. jgn lagi cari dia, ko derita hari ni tapi dia bahagia di sana..byk kn doa nong, jgn simpan dendam..maafkanlah. ."  " mak, aku xpernah berdendam dgn org..tolong doakan aku mak, supaya aku kuat..kuat utk lupakan dia, kuat utk hapuskan rasa sayang ni mak. tolong doakan jodoh yg terbaik buat aku mak. air mata tangisan membasahi pipi mama..dan akhir aku tidur di samping mama. Andai tertulis kau terbaca smua tinta aku..aku tau ko org yg cukup baik. Mgkn ada dendam ko thadap aku. Maafkan aku. 

Sabtu, 24 Januari 2015

aku sekarang

Bismillahirahmanirahim..

Salam pertemuan kembali 24/01/2015. Lama tidak menjenguk blog ini.
Aku ingin kongsi sedikit tentang hijrahku. Cuma sedikit aku sudah memulakan langkah namun aku perlu kekuatan untuk istiqmah.

Sewaktu aku masih bersedih-sedih..sewaktu aku mencari cari dan tertanya tanya kenapa itu kenapa ini. Kenapa dan terus kenapa adalah ungkapan yang sering menjadi persoalan. Aku yang dulu ceria..suka ketawa,suka buat lawak peramah dkt org. Menjadi seorang pendiam..aku banyak berkurung dekat bilik. Even my tak tau masalah aku. Berbulan kot..aku selalu ambil cuti. Allahu iman aku kurang. Di sbbkan ak mjdi pendi kurang interaksi dgn famly..ada slh fhm ant kami. Or dan byk lagi la dugaan aku.

One day, aku tanya diri aku smpai bila aku harus begini?. Aku mula langkah aku dgn tahajud..minta dkt allah sgt2. Berikan aku petunjuk untuk aku menjadi muslimah yg punya iman. Aku nak life yg baru..aku nak kejar cinta allah. But before this, aku dah niat. Aku xnak berubah sbb mslh or ujian ats aku. Aku berubah atas diri aku sdri.

Akhirnya aku temui..pertama allah bukakan hati aku. Mengisi masa lapanh dgn hadir majlis ilmu..alhamdulillah. Setiap hujung minggu aku akan hadir kelas al-quran. Aku belajar tajwid. Alhamdulillah bulan ni adalah bulan ketiga dah..apa yg buat aku happy? Dulu ak baca alquran semborono je. Asal baca kata org. Tapi sekarang aku bahagia bila boleh baca dgn penuh penghayatan tajwid yg betul sebutan makraj yg betul. Alhamdulillah..alquran adalah penyembuh utk hati aku. Aku sedih aku nangis..cepat baca quran.


Kedua.

Sabtu, 3 Januari 2015

Terakhir Cinta


"Mungkin cara kita berbeza kau di sana aku di sini  tp jgn lupa kita berteduh di bawah langit yg sama... Tidak kita ketahui iman kita sekuat mana.. andai tiada ujian dtg menerpah... GAh... Berdiri lantas berjalan... jatuh kerana manusia.. tp bangunlah kerana Allah telah memimpin tgnmu... menangis... buatlah... tiada yg marah... airmata itu akan membawa keluar resahmu... tp.. sapulah ia semula.... jadikan ia semangatmu... Janganlah difikir masalah seberat kapal... Namun bayangkanlah rahmat Allah seluas lautan... Dia ambil kegembiraanmu hari ini.. bukan kerana kau x layak.. Tp kau lebih layak menerima yg lebih baik... Sabar.. itu yg perlu.semakin kau sabar... semakin dekat Cinta Allah pdmu.. tidak cukupkah itu? "

Allah mempertemukan kita dengan cara yang indah, aku tahu dalam perhubungan kita aku terkadang lalai mengingati allah. kemudian allah memberikan hidayah dengan kata-kata perpisahan ini. aku sedar.. tapi ketika itu iman ku kurang, dan aku tak mampu untuk mendengar kata-kata kamu. cinta memerlukan ilmu tanggungjawab yang besar, berusaha perbaiki diri. aku yakin allah pertemukan kita dengan cukup indah pada suatu ketika dahulu. dan in sha allah dia akan petemukan kita dengan cara yang indah.

Sungguh dulu aku pernah meminatinya menyanginya, tapi kini aku sudah berubah.namun, aku masih sayangkan kamu. ya aku tahu hati ini terikat suka atas kenangan lepas.Tapi aku takut, cinta yang belum waktunya menjadi penghalangku mencium syurgamu. bagi la aku kekuatan melupakan sejenak tentang cinta manusia, bukan kerana aku tidak mencintai mu..tapi cukuplah hanya doa aku kirimkan.
aku tidak mengharap cukuplah perantaraan doa mungkin hadirmu untuk perbaiki diri ku dan mungkin perpisahan ini kita akan di pertemukan lagi. dan pasti aku hanya serahkan jodohku  kepada allah.

alhamdulillah, perpisahan ini benar-benar menjadikanaku muslimah yang aku inginkan selama ini. aku masih berusaha.. ALLAH itu dekat cuma aku tak mencarinya.mungkin ramai yang hairan dengan penampilan diri ku. sungguh pertemuan dengan rakan-rakan muslimah..hmm..kelak aku kongsikan bagaimana aku berani berhijrah. bagaimana aku boleh berubah dan bagaimana aku mampu kuat kerana Allah. 

Dan aku simpan salah satu gambar ini menjadi kenangan aku dan dia. semoga dia juga akan menjadi muslim soleh mengejar cinta dan berusaha menjadi hamba yang soleh. jika mungkin bukan dia lagi jadoh ku..aku masih mendoakan untuk dia. uhibbuka fillah abadan abada mohd syazli.

dan terakhir cinta andai hadirnya cinta selepas ni biarlah pada yg benar-benar berhak. aku percaya takdirMu adalah yang terbaik.

Rabu, 31 Disember 2014

sisa kenangan


Terkadang masih ada sisa kenangan yg tinggal
Lumrah wanita sukar utk melupakan insan yg pernah mencuri di hati
Sukar melupakan kisah dulu. Saat aku pernah jatuh dia datang hampiri memberi harapan 
Tercipta memori indah dan ia diperjuangkan utk satu harapan mencapai bahagia. Pelbagai janji pelbagai harapan diberi

Namun, kehendak takdir tak siapa menduga. Langit selalu cerah akhirnya membasahi bumi..
Hati di duga dgn dugaan..
Dan aku rela memaafkan tak da dendam tersimpan di hati.

Semoga apa yg terjadi adalah pnglaman yg terindah buat aku agar aku bisa mengorak langkah.

Perlahan lahan aku mengorak langkah dan harus berjuang dan bejuang membahagiakan diri.

Penutup untuk tahun 2014

Rabu, 24 Disember 2014

Bukan mudah memadam rindu dan alasan untuk bahagia























Dari Hisyam bin Urwah, dari bapanya, dari Saidatina Aisyah r.a. berkata,
"Sesungguhnya Sayyidina Abu Bakar r.a. telah di ambang ajalnya, beliau pun
menangis dan melantunkan syair ini:

Demi Tuhan, tiada berguna bagi seseorang
kemewahannya.
Jika
suatu hari dicabut nyawanya dan menyempit dadanya.


Dari riwayat Abdul Razzaq, beliau bersyair:

Barangsiapa air matanya selalu menipu

Pastilah
suatu saat dia akan tertumpahkan jua.

Dari Aisyah r.a., beliau berkata, "Ketika Abu Bakar r.a. menderita
sakit yang merenggut nyawanya, beliau berkata, 'Periksalah hartaku! Jika ada
yang bertambah sejak aku memimpin, maka serahkanlahnya kepada khalifah
sesudahku."

Aisyah r.a. melanjutkan, "Ketika beliau wafat ternyata ada (harta
iaitu) seorang budak (hamba) dari Nubah dan seekor unta untuk mengambil air,
lalu kami mengirimkan keduanya kepada Khalifah Umar al-Khattab r.a. dan ketika
sampai Umar pun menangis! Kemudian berkata, 'Semoga Allah merahmatinya, sungguh
ia amat sangat melelahkan orang yang sesudahnya." ( Riwayat Ibnu Abi
Syaibah )

Sampai begitu sekali seorang khalifah yang hebat. Kita sedia maklum
sahabat-sahabat Nabi s.a.w. adalah mereka yang kuat solat dan bertaubat. Itu
bab harta. Apatah lagi bab dosa. Lagi-lagi mereka prihatin.

Bagaimana pula kita waktu kita meninggal kelak? Bab dosa pun tidak
lepas. Apatah lagi bab harta.

Terlalu banyak dosa.

Adakah cukup dengan bertaubat sekali sahaja? Memadaikah?
Adakah kita yakin dengan kita bertaubat sekali itu Allah terus
menerimanya?

Sungguh mudahlah begitu.

Buat dosa bertubi-tubi.
Lalu sujud taubat sekali.
Yakin itulah taubat Nasuha.
Yakin Allah terus terima.

Sepatutnya,

Buat dosa bertubi-tubi.
Taubatnya juga berterusan. Ya, sampai mati.

**

Baru-baru ini, seorang kawan yang sudah bernikah mengadu. 
Dulu, beliau pernah ada teman wanita. Bukan seorang dua. Namun, beliau
akhirnya bernikah dengan orang lain. Keluh beliau;

Mengapa sampai selepas nikah pun, masih tersisa rindu pada yang dulu?
Sedangkan waktu dulu, rindu itu bergelumang dengan maksiat semata. Cinta yang
buat alpa pada tanggungjawab pada Tuhan. Terasa indah, seronok. Walhal,
hakikatnya ibarat makan roti sandwich yang di dalamnya berinti jem busuk.
Luarannya nampak sedap. Di dalamnya rasa mual. 

Berlainan sekali dengan yang sudah halal di depan mata. 

Rasa rindu teringat pada yang dulu, teringatlah jua pada maksiat yang
lalu. Seterusnya, rasa bersalah pada  si isteri.

**

Termenung sendirian memikirkan keluhan kawan.

Bila terasa rindu, maka bertaubatlah selalu. Mohon ampun berterusan
setiap malammu. Setiap sujudmu. 

Biar air mata yang menitis lebih banyak dari dosa-dosa lepas itu. Inilah
yang setiap pendosa berpacaran sebelum nikah akan rasakan. Rasa bersalah,
menyesal yang dibawa sampai ke akhir hayat.

"Kalaulah
aku tidak bercinta dulu-dulu..."

Jika tak mahu menyesal dan rasa bersalah seperti ini, maka tolong jangan
mulakan. Biarlah rasa forever alone pun tengok orang lain ada pacar. Janji,
kita bersih dari dosa yang melekat lama ni.

Ingat. Dosa cinta lama jika tidak ditaubati, pasti menyusahkan kita bila
kita di ambang kematian.


Sungguh, memang sukar untuk memadamkan rindu pada seseorang.

Tapi lebih sukar lagi memadamkan dosa kita dengan Tuhan. Apatah lagi jika
bercinta dan buat dosa pada orang. Mungkin buat orang tu terluka. Mungkin buat
orang tu tak nikah seumur hidupnya. Mungkin dah buat seseorang itu rasa kotor
maruah dan kehormatannya. 

Kita nak ucap selamat tinggal pada dunia ni dengan hati yang tenang. Nak
malaikat maut ambil nyawa pun dengan senang. Tapi jika benda-benda ini yang
kita rasa remeh ini kita biarkan tidak selesai tanpa taubat dan permohonan
maaf, bayangkanlah roh kita nak keluar dari jasad ya Allah seksanya. 

Jika seorang mukmin yang soleh meninggal, maka menangislah bumi dan
langit. Tapi jika seorang yang ingkar arahan Allah, firman-Nya,



فَمَا بَكَتْ عَلَيْهِمُ السَّمَاءُ وَالْأَرْضُ
وَمَا كَانُوا مُنظَرِينَ

"Maka langit dan bumi tidak menangisi mereka
dan merekapun tidak diberi tangguh." 


(Surah al-Dukhan:29)

Jadi, bila teringat-ingat seseorang sebelum waktu.
Terus taubat untuk padamkan rindu.
Doakan kamu dan dia dalam jagaan Allah selalu.
"Biar
kami disatukan dalam reda-Mu."

Kekang nafsu.

Puasa.
Bertahan.
Salam. Bersua lagi.